Thursday, February 9, 2012

Percutian Bajet Langkawi

A friend or mine, Putri had call me when I was at my grandmother's home.
Kecoh dia nak cakap ada tiket flight ke langkawi yang murah untuk malam esok. 

Malam esok? eh gile ke. I baru balik dari Penang and now kat Sungai Besar sedang membesarkan bontot, U ajak holiday? (tetiba je keluar monolog dalaman)

Setelah berbincang dan berheuw-heuw bersama di telefon, maka tarikh diputuskan untuk pegi holiday ke Langkawi naik AIR ASIA dengan kadar potongan harga yang murah dan berbaloi-baloi. Sebab tu orang muda kata, kene booking awal. ye dak?

Penat berkejaran train dan bas semata-mata risau dan takut tak sempat nak check in. Try check in guna intenet, lambat pulak. Masa tu, muka Putri dah cuak. I?? Relaks lagi sebab tak tau ape.hehe.. semua dia yang uruskan. Masa ni gelabah jugak, terus call ibu tersayang supaya doa kami sempat check in and flight delay. Haha.. luckily sangat hari tu. Kami sampai je LCCT, terus berlari dan yeah!! sempat check in and flight delay sebab plane nak tukar tayar. Omak! seronok doa ibu jd kenyataan. Mesti si ibu bangga bila baca balik yang dia dah bantu anak-anak dara ini. Hihi.. 


apalagi, masa untuk bergebang beramai-ramai dengan makcik2 yang turut terkandas bersama kami (ayat memang tak pernah nak sesuai ) T_T




Cheerful mood : ON.
Oke, sekarang boleh mula cerita pasal percutian bajet kami berdua.

bermalam di ANZ Langkawi Inn, Kampung Kedawang
sungguh murah bermalam disini. Cuma hotel 1 bintang je tapi kami rasa berbaloi sebab kami berdua je. So, cukup la kan. jimat wang. Cuma mahu tido je. bukan bercuti dalam bilik hotel poooon. 
Bajet kat sini : 
3 malam RM 180

Sewa kereta pun murah jugak. Memandangkan kami cuma berdua, so, kami decided untuk sewa kereta comel je di sana. Penat mencarik kereta mini cooper. Tapi malangnya, tak sesuai dengan bajet. hehe.. kami sewa VIVA manual je di sana. MANUAL oke. kene besarkan perkataan tu sebab I tak pandai bawak kete Manual. tak tau macam mana boleh lulus ujian JPJ. hihi.. eh tapi kat sana, I yang drive atas tunjuk ajar Putri tersayang. muahmuahhhh

Bajet kereta sewa :
RM70 sehari

Island hoping,

murah jugak sebab kami dapat pakej seorang RM25 je. 
Eh murah la teww. sebab yang lain semua dalam RM30++. Jeles letew.haha.. ok, kalau nak murah, uoll boleh pergi dengan pakej dari AB travel. senang je nak carik, dekat Pantai Chenang, depan AB Motel. 

3 pulau macam biasa, Pulau beras basah, pulau singa besar (eagle feeding) and last one Pulau dayang bunting.


kera dihutan disusukan. Akhirnya, kera dihutan menjadi nakal apabila sanggup mengejar dan cuba mengambil beg skolah di tangan. Sungguh jahat kera yang disusukan.


best moment antara kami terjadi pada hari kedua. Hari mandi dan berbasah-basahan. Dr pagi, sampai ke petang pakai baju yang sama membasahkan diri sewaktu Island Hoping, mandi di Tasik Dayang Bunting, mandi di Temurun Waterfall, ke kolam air panas and finally, mandi di Pantai. Oh ye, kami buat tandas cangkung pasir sewaktu di pantai. kagum dengan hasil kerja. Tapi takde gambar pulak sebab Putri sibuk buat taik kepal dari pasir pantai dan I sibuk menghias lubang jamban kami.


ini kolam air panas,
macam iklan jual beg pulak.





ambil gambar macam ni supaya nampak kurus sedikit. padahal.. nampak cacat gambar ini. T_T



underwater world,
sibuk kau main dengan burung tu. Eh sepatutnya ada gambar dugong dan ikan kan. Lupakan.. hehe


even sedang bercuti pun, masih banyak kerja yang I kene buat.ini yang dikatakan sambil kerja sambil holiday agaknya. 

masa nak balik, tiba-tiba Putri cakap,
we taking turns to be in pictures and never have photos together. At least, I would have to hold the camera up high like a vain person to snap us.

dan itu disedari bila kami dah nak berpisah balik di jeti. T_T
Terasa dah dewasa pulak kami bercuti berdua. Our parents?? tak kisah asalkan kami pandai jaga diri. Next destination, BALI
I love travel and holiday with her (bangga u kan Putri). 




notakakikudis :Rancang percutian dengan baik. Internet kan ada. so, rancang awal dan booking awal untuk tau harga-harga yang murah dan sesuai dengan bajet sendiri. 




5 Pesanan Penaja:

nana cHan said...

dah banyak kali pegi langkawi tp x penah pegi island hoping. ada org ckp bot laju. eh?

cik miera said...

yup.. kalau nk pegi island hoping, jgn pakai cntik2..sebab nnti basah kene air n nk main air je ase.. hihi.. pegi la, murah je. rm25 seorang

diana said...

teringat masa pi langkawi tahun lepas..
seronok saNGT..:)

Azek zk said...

lama x pg sana.

SIELA MIKAIE said...

akak xpnh lg pegi sane.. even dulu bljar kt perlis..tp jarang keluar.hehehe.. tgk gmba miera mcm best je!!! knp xajak akak skali..hahaha

 

Miera Hassan Copyright © 2011 Designed by Alieff Artwork